Kamis, 07 Maret 2013

Pemasaran Buluh Madu

SETIAP individu pasti ingin berjaya dalam perniagaan yang dijalankan. Begitu juga dengan bekas pengusaha ladang kelapa sawit, Abu Bakar Ismail.
Abu Bakar, 68, dari Kampung Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang, Kedah berazam untuk melakukan sesuatu yang berbeza di samping berjaya melalui tanaman pokok buluh madu.
Sehubungan itu, dia mula mencari beberapa ladang buluh madu di sekitar daerah Padang Terap dan Kubang Pasu untuk melihat cara-cara pokok itu ditanam.
Buluh madu menghasilkan rebung madu yang enak selain buluhnya yang sesuai dijadikan produk kraftangan dan perabot.
Begitupun, hasrat warga emas ini hampir gagal apabila isterinya Siti Leha Hashim, 65, menganggap idea itu tidak masuk akal.
Namun, dengan keazaman yang menggunung, Abu Bakar tetap meneruskan tanaman itu di atas tanah seluas satu hektar di depan rumahnya tiga tahun lalu. Ia mengambil masa selama setahun sebelum buluh madu itu membesar dengan baik.
Menurut Abu Bakar, pada peringkat awal dia hanya menanam 50 batang pokok saja untuk melihat kesesuaian tanah dan persekitaran.
"Apabila mendapati semua pokok yang ditanam tumbuh dengan baik, saya mula menanam lebih banyak anak pokok buluh madu di sekeliling rumah," katanya ketika ditemui Kosmo!.
Sehingga tahun ini, Abu Bakar berjaya menanam lebih 650 pokok buluh madu di sekeliling rumahnya.
"Pada mulanya, saya menjual rebung ini kepada masyarakat setempat dan ada juga peniaga yang mengambilnya dua kali seminggu untuk dijual di pasar malam.
"Permintaan terhadap rebung meningkat memandangkan ia adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu," ujarnya
Abu Bakar yang dibantu oleh isteri dan tiga anak mereka memberitahu, dia menjual rebung yang belum diproses pada harga RM3.50 sekilogram manakala yang siap diproses RM5 sekilogram.
Katanya, permintaan untuk rebung yang ditanamnya itu meningkat pada musim cuti sekolah khususnya daripada individu yang ingin mengadakan kenduri.
"Kebiasaannya pada majlis-majlis kenduri, rebung madu merupakan antara pilihan yang dicampurkan bersama kari," jelasnya.
Justeru, dia sering mendapat tempahan rebung madu yang tinggi sehingga dengan pendapatannya mencecah RM30,000 sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, pokok buluh madu tidak sukar dijaga kerana ia merupakan tumbuhan yang lasak.
"Ia cuma perlu diberi baja selain memastikan aliran air yang sempurna bagi menjaga tahap kelembapannya terutama pada musim kemarau," kata Abu Bakar.
Selain menjual rebung, dia juga turut menjual benih pokok buluh madu pada harga RM10 sepokok.












di kutip dari : pertubuhanpeladang.com

Kelebihan buluh madu

Salam sejahtera saya ucapkan kepada kalian sekalian. Di sini saya ingin menceritakan mengenai satu ciptaan tuhan yang tak terhingga nilainya...... Saya hendak menerangkan tentang sejenis tumbuhan yang dinamakan sebagai BULUH MADU. Buluh madu ni kalau nak ikutkan ia adalah makanan bagi gajah je tapi sekarang buluh telah menjadi perhatian semenjak kemunculan buluh yang dinamakan buluh madu ini......
  • Kelebihan buluh ini adalah
  • Tiada miang pada buluh.
  • Kawasan persekitaran bersih.
  • Rebung boleh di makan terus tanpa di rebus.
  • tiada penyakit yang hinggap selepas memakan nya.(sakit urat)

Kegunaan Buluh Madu / Bambu Madu

Umum mengetahui pokok buluh mempunyai pelbagai fungsi.
Tumbuhan yang banyak terdapat di merata tempat di negara ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai bahan kraf tangan tetapi batangnya turut digunakan untuk membuat lemang.
Malah masyarakat pada zaman dahulu menggunakan batang buluh untuk membuat rumah atau rakit serta sebagai senjata runcing.
Di sebalik segala kegunaan berkenaan, terdapat juga bahagian pokok tersebut yang boleh diambil untuk dijadikan makanan iaitu pucuk buluh yang muda dan masih lembut atau rebung.
Kebiasaannya rebung buluh digunakan sebagai masakan warisan yang menyelerakan seperti gulai rebung dan sayur lodeh di samping memeramnya untuk dijadikan jeruk.
Bagaimanapun tidak ramai yang menyedari potensi perniagaan yang boleh mendatangkan pulangan lumayan dengan mengusahakan tanaman buluh bagi mengeluarkan rebung.


 
500 × 376 - tiffinbiru.com

 

Penanaman Buluh Madu

Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja kerana buluh merupakan tumbuhan yang lasak, dan tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Bagaimanapun pokok buluh memerlukan kawasan yang mendapat jumlah air yang mencukupi, kerana ia tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar.
Pokok buluh yang ditanam bagi penghasilan rebung memerlukan tempoh matang yang singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.
Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.




cara menanam buluh madu

1.Anak pokok yang bertunas dari rebung yang sudah diambil
2.keratan batang berakar.
3.Kultur tisu

kesesuaian tanah

1.tanah berpasir
2.Tanah kering atau lembap
3.tanah yang ditambak.

hasil

1.Rebung RM3/kg,RM2/sebungkus yang siap diproses
2.Anak pokok RM10/pokok
3.baja organik RM?/liter.

tempoh pengeluaran

sepanjang musim hujan,jika musim kemarau perlu disiram untuk mendapatkan rebung.
pengeluaran sepanjang tahun.

jarak tanaman

3 kaki x 3 kaki (maksimu)



400 × 300 - sinarharian.com.my


Jumat, 22 Februari 2013

Khasiat dan manfaat Buluh Madu / Bambu Madu


   Rupanya rebung madu ini juga mempunyai banyak khasiatnya. Rebung madu mempunyai banyak serat dan karbohidrat komplek yang boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.

   Tunas buluh atau dikenali dengan nama rebung selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Rebung madu biasanya dimasak kari, lemak, kerabu atau dijadikan ulam-ulaman. Ia sebenarnya kaya dengan serat dan dikatakan boleh mengurangkan kadar kolestrol.Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon. Wallahualam.Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.
Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon.
(credit from-http://kotapalas.wordpress.com/2010/05/07/khasiat-buluh-rebung/)


Bahan-bahan:

2 inchi kunyit hidup
10 biji cili padi (ikut citarasa anda)
1 batang Serai diketuk
sedikit minyak untuk menumis
1 helai daun kunyit

2 ikat Pucuk kaduk
1mangkuk rebung madu
200g Tulang ayam
Santan cair
Santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Kisar/tumbuk guna lesung batu, cili padi dan kunyit hidup.
2. Masukkan sedikit minyak dalam periuk,tumis serai dan bahan-bahan yang dikisar tadi
   (kunyit&cili padi) sehingga wangi.(kawal api supa tidak garing)
3.Masukkan tulang ayam dan santan cair.Biar ia mendidih seketika.
4. Masukkan sedikit serbuk kunyit untuk mendapat kuah lebih kuning dan cantik, selepas itu masukkan
    rebung madu.
5.Seterusnya masukkan santan pekat dan pucuk kaduk.Biar sehingga bahan empuk.
(jgn biarkan  api terlalu kuat supaya santan tak pecah minyak).
6. Garam dan gula secukupnya.
 


Tunas buluh madu & pohonnya

Kamis, 21 Februari 2013

Pengertian Buluh Madu / Bambu Madu


Buluh madu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Buluh madu

Pengelasan saintifik
-->
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Poales
Genus: Gigantochloa
Spesies: G. albociliata
Binomial: Gigantochloa albociliata







Buluh madu atau nama saintifiknya "Gigantochloa albociliata", merupakan sejenis pokok Buluh.Spesis buluh ini dikatakan berasal dari Thailand atau Taiwan. Sifat buluh ini tidak mempunyai miang atau bulu bulu yang boleh menyebabkan kegatalan.Tanaman Buluh Madu akan mula menghasilkan rebung nya setelah di tanam lebih kurang 8 bulan. Hasilan utama dari tanaman Buluh Madu ini adalah untuk mendapatkan Rebung Madu. Orang kampung Di Malaysia kalau rebung jenis ini biasanya di panggil rebung manis, mungkin kerana tiada nama spesifik maka di namakan saja  " Rebung Madu "  walaupun rasa nya tidak semanis madu. Rebung Madu boleh dimakan begitu saja sebagai ulam bersama sambal belacan atau sambal air asam jawa, lebih sedap kalau campur dalam masakan kari, gulai lemak cili padi atau di goreng.
Aktiviti penanaman Buluh Madu telah banyak di lakukan di bahagian utara Semenanjung Malaysia khusus nya di Negeri Perlis, Kedah,Perak, Kelantan & Terengganu.
Kini aktiviti tanaman Buluh Madu ini telah menjalar ke bahagian tengah dan juga selatan tanah air.
Buluhnya sesuai dijadikan produk kraftangan, perabot, batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Ia juga boleh dijadikan sebagai pokok hiasan, tetapi hasil buluh madu yang paling penting adalah penghasilan rebung madu yang enak.
Permintaan terhadap rebung madu dikalangan masyarakat Melayu juga amat menggalakkan kerana ia adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu. Rebung madu merupakan antara pilihan yang dicampurkan bersama kari dan kebiasaannya dihidangkan pada majlis-majlis kenduri.